Follow Blog Ini

Tuesday, April 26, 2011

kak zu, jomla bercandat!


post ini khas dicipta untuk akak opish ku sayang kakzu.

Ke hadapan kakzu ku sayang,
pertamanya kita memohon ribuan keampunan dulu sebab kita sangat tak pandai memujuk dan kita takde banyak masa untuk memujuk awak kali ini. tapi kita cuba jugak spend kan masa kita pagi-pagi ini (sila lihat waktu post ini ditulis ye sayang) sanggup ni saya buatkan post istimewa untuk awak. saya pasti agak sibuk sampai khamis ini, jadi kerana itu juga saya cuba untuk luangkan masa buat post ini dulu awal-awal.

sayang, jomla kita pergi belajar bercandat ni sama-sama. saya pun belum pernah jugak bercandat selama ni. mana pernah saya join bercandat sotong pun lagi sebelum ni (macam dah pernah candat orang aje sebelum ni kan? ayat takleh blah) tak teringin ke kakzu untuk pergi bercandat ramai-ramai macam ni?
picture credit to kak tasha
kan ke best pegi mencandat ramai-ramai macam ni kakzu. seronok tau. bila lagi kita nak mengeratkan lagi hubungan kita dan kengkawan yang lain-lain ;)) nanti bolehla kita mencandat sotong banyak-banyak macam ni kan?
picture credit to google
kalau tak dapat banyak-banyak macam ni pun takpe la kakzu, kita candat ajela seekor sotong aje. apa kata kita cuba naikkan seekor sotong yang macam ni nanti
picture credit to google
kan ke besar ni? senang nanti kita bahagikan ramai-ramai. pasti semua akan dapat bawak balik kaki sotong tu (dah tu nanti siapa yang nak bawak balik kepala sotong tu ye?) atau kakzu takut mabuk laut masa kat sana nanti.
picture credit to google
picture credit to google
pasal mabuk laut ni kakzu memang tak perlu bimbang. jangankan lelaki hancho, lelaki yang macho ni pun boleh mabuk jugak kat laut, inikan pulak kita yang comel-comel ni. nanti sebelum ke laut tu, kita siap-siapla makan dulu sekotak ubat mabuk laut ni. nanti mesti kita gagah dan bertenaga aja sepanjang kat laut tu nanti kan.
picture credit to google
no more worries la kakzu, kan abang-abang kacak ramai yang menantikan kita nanti. bila lagi kita nak mencandat sotong sambil mencandat orang nanti ni lagi kan? ini lah masa yang sesuai ni. haha ok serius2. memang saya harapkan kakzu ada sekali masa mencandat sotong tu nanti, walaupun kita jauh tapi kan ke ukhuwah itu tetap terjalin kan sayang (ayat macam ustazah dah)

tapi seandainya kakzu tak dapat join kali ni, saya paham (paham atau buat2 paham? sedih jugak pasti ada) kakzu nak balik kampung kan? tiket pun dah beli jugak. lagi-lagi la saya kene paham. pasti keluarga lebih penting dari ina sotong di lautan tu. huk3 kalau kakzu ada, saya happy, kalau kakzu takde, saya sedih sangat menghappykan diri jugakla.


p/s: tq for reading. kawan2, doakan saya selamat bawak group arini sampai khamis. semoga diorang semua enjoy tour dengan saya.

2 comments:

pijang said...

akhirnya semai benih jugok kat blog ning...
nok ikut etekk gi candat buleh dok...
baru skali je gi...:-)

ina said...

hehe ;) nk join sungguh ke ni? ada satu lg kosong, kalo minat sila bgtau segera.. percuma saja

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...