Follow Blog Ini
Saturday, May 21, 2011
Cerita aku di langkawi 21 Mei 2011
hari ni aku bangun awal, awal sikitla daripada biasa. bersiap-siap dan breakfast dan sampai kerja setengah jam awl daripada waktu sebenar. rasa macam tak percaya bila kat sini aku boleh pulak datang kerja awal-awal. tak sama macam kat tempat sendiri pulak. dah nak merah punch card, baru la kau terhegeh-hegeh berlari nak pergi punch. memang elok kalau kene tumbuk.
kat opish tadi pukul 10 lebih, tiba-tiba je satu opish blackout. dah sudah, aku konon-konon pergi la tengok pape yang tak kene kan. kak ana siap telefon TNB lagi tapi sekali rupa-rupanya TNB memang saja switch off kan elektrik kat kawasan tu sebab diorang nak repair ape bende ntah kat kompleks pekan rabu tu. caiittt! tak boleh ke kau bagi notis awal-awal dulu kang tak memasal je aku dan kak ana dah kene bersauna kat opish tu. habis semua tingkap dan pintu kitorang bukak. pukul 1.30 petang baru la ada balik elektrik. korang bayangkan berapa banyak lemak aku yang dah cair dan berapa lama aku memboringkan diri aku tanpa ada sebarang aktiviti?
tepat je jam 5.00 petang hari ini, aku terus kemas-kemas, jatuhkan bidai tingkap opis untuk balik. 5.01 petang aku punch out dan terus je jalan kaki balik hotel. sampai je di hotel. amik kunci bilik dan parcel, lelaju aku naik bilik sebab tanak terserempak dengan sesape dan kemudiannya lelaju jugak aku tengok budak housekeeping ni letak ke tak bath mat kali ni. dia buang tak sampah bilik aku tu. dan hingga ke hari ni, inilah hari pertama aku berpuas hati dengan kerja housekeeping dia. bukan aku demand tapi dia melampau sangat pemalasnya. aku dah bagitau dah dia semalam kalo hari-hari nak kene ingatkan dia, better aku bagitau pak ku ajela kan untuk ingatkan dia sendiri. hah mencicit dia terus siapkan bilik aku betul-betul setiap hari. tak suka betul aku kene gertak-gertak orang macam tu baru dia nak buat betul-betul. huh!
malam tu, untuk first time nye kami merasmikan kereta turbo kami tu. hehe lokasi pertama op cos la stesen minyak. kang habis minyak kat tengah-tengah jalan kang tak ke naya aku dan kak ainun. semua orang nak kami malam tu, mana tak nya kan kata dah naik kerete turbo. sampaikan ada audi tu nak ajak racing lagi. giler ke hape? memangla kami bawak kereta turbo tapi dah sah-sah kami akan bagi kau menang, kami bukannya datang langkawi untuk racing pun.
lepas dah isi minyak, kami bergerak lah pergi ke langkawi parade. alhamdulillah tak lah susah pun nak cari sebab dah perasan dah langkawi parade tu masa pak ku dan abang azni bawak kami malam sebelum tu. aku pergi cari beg dan luckily aku terjumpa beg tu. harga meletop jugak lah kan tapi dah aku berkenan nak buat cane. untuk kemudahan aku nak ke mana-mana lepas ni jugak kan? sebenarnya beg ni ada orang yang nak hadiahkan kat aku jadi nya aku duk menunggu orang belanja lah ni. bagi duit pegi beli sendiri pun takpe aje camni. saya tak kisah awak ; )
selain daripada beg tu, aku cari jugaklah seluar aladdin yang kak tasha pesan tapi mak aihhh harga mahal nokss. terkezut aku! so aku tak beli lah lagi nak try-try survey kat lain jugak dulu. lagipun lama lagi kat sini kan? memang lah orang cakap langkawi ni barang murah kan tapi bagi aku lah kan, ni pendapat personal aku dan dipersetujui jugak oleh kak ainun, baju-baju kat sini mahal dari terengganu lagi sebenarnya. kalau setakat nak beli pinggan mangkuk, coklat semua tu bolehlah beli kat sini, beg pun harga nya quite ok jugaklah kan, tapi yang lain memang aku rasa cam mahal aje semuanya. uishhhh membazir shopping baju kat sini.
dah siap merewang kat dalam parade tu, kami berpindah ke depan kedai tu pulak untuk isikan perut aku yang dah menangis-nangis nak makan tu. so menu kami malam ni simple aje, nasi putih, telur dadar, daging goreng kunyit dan jugak sup tulang. licin aku belasah semua tu. best pulak rasanya. dah tak tau dah nak pergi mana lepas tu, kami pun balik ke hotel untuk berhibernasi.
tak tau lah kenapa untuk trip kali ni, aku macam malas aje nak bergambar. lebih suka simpan semua memori kat dalam kepala je. belajar asah otak aku ni kot.
Labels:
kerja,
langkawi dan kedah,
negeri,
tourism,
Tourism Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ai...baru baca la...tggu org hadiahkan beg tu ye...mmg la niat tu ade...tapi...da time awk kt sane sy xleh p...no excuses from 'here'...hehe...anyway, beli la yg kaler oren ye...pastu bg no akaun skali...heeeeeeeeeee....
http://www.youtube.com/watch?v=rNK0kNQQSYo
dgrkn lagu ni ye...
yeay! nnt sy bg acc no sy.. yeay! yeay! sayang ah awak camni.. hehe sape ntah sbnrnye nih?
juz kidding..
Post a Comment