Follow Blog Ini

Saturday, May 21, 2011

SMS URGENT!

hallo! welcome back!

tak sempat saya nak biarkan blog saya ini bersawang kali ini. tak sempat juga untuk penyelia blog ini memberikan surat amaran untuk membuat entri baru, saya dah pun mula menulis lagi untuk post terbaru hari ini. macamana boleh datang niat nak menulis hari ni? mau nya tak timbul niat tu. baru je sekejap, saya dah terima Short Messaging System (dalam erti kata lainnya adalah SMS) daripada bos tercinta. cewahh!

sms bos adalah seperti berikut:
"Salam semua, utk makluman arahan terbaru dr Pengarah Pemasaran Domestik setiap officer in charge yg membuat apa2 program atau projek perlu membuat report kpd Pengarah Negeri yg kemudia akan memanjangkan kpd Pengarah Pemasaran Domestik.
Kaza cwarna, siti MTFn zurina Singapore's trip, ina n ainun program exchange, tasha chevrolet. Arahan ini bkuatkasa semua projek bermula Mei 2011.
Txs
Cc ALL"

hah, amik ko sebijik-sebijik aku salin sama cam original one. jadi apa motifnya kau nak cerita kat sini sebenarnya ni ina? hah tak paham lagi ke berdasarkan sms tu? maksudnya selepas ni saya kene buat report untuk program exchange yang saya di kedah sekarang ni. saya dah siap merahkan dan besarkan dah nama saya tu. so sila lah mengerti apa perlu di buat kan. senang ajela, korang cuma perlu baca blog aku ni setiap hari la lepas ni sebab lepas ni saya dengan sendirinya akan merajinkan diri saya seberapa terdaya untuk update apa yang saya buat sepanjang program ni supaya bila masa nak kene buat report betul-betul nanti takde la haru sangat untuk ingat semua benda yang dah jadi sepanjang dua minggu ni kan? (saya ni kan pesakit short term memory loss yang sangat tegar)

jadi insyaallah hari ni lah jugak saya akan update kan terus report peribadi sepanjang 5 hari ni (lama tu, mak aihhh.. berterabur gugur rambut aku nak ingat sume ni nanti)

doakan saya berjaya.. amin ;)

p/s: sila abaikan penggunaan aku dan saya yang berterabur tu.

0 comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...