Follow Blog Ini

Sunday, October 16, 2011

Korea School Principal Homestay Fam Tour

hak3 bismillahirrahmanirrahim.. semoga aku berjaya siapkan entri ni dalam masa sehari ini sahaja (",)

alkisahnya bermula seperti ini, saya cik inaYoung telah pun diberi mandat yang sendat untuk membawa group dari Korea Selatan yang terdiri daripada pengetua-pengetua sekolah dan pegawai pendidikan di universiti sana untuk lawatan di Terengganu dan Kelantan selama beberapa hari iaitu dari 1-5 Julai 2011. cettt cane mukadimah aku tuh, sangat bersopan okay!

group ni bermula daripada aku pickup diorang di airport Sultan Mahmud Kuala Terengganu dan bawak diorang pergi makan malam di D'Muara Live Seafood Restaurant di Kampung Losong. Restoran ni memang mengekalkan tradisi rumah-rumah melayu lama dan juga ada iringan muzik-muzik tradisional lagi sepanjang kita berada di sana. agak sedih untuk malam tu aku tak bawak kamera, tak dapat nak tayang kat sini gambar restoran tu tapi takpe sebab aku dah pun siapkan link awal-awal lagi untuk korang klik aje dah. sila tekan nama restoran ini untuk facebook mereka ye? D'Muara Live Seafood Restaurant. Semua peserta-peserta tu sangat lapar masa ni dan memang syok tengok diorang semua makan banyak-banyak semua makanan yang ada kat sini. Owner nye En. Malizan pun sangat lah baik orangnya okay? makanan pun best2 dan sangat lah tak menyesal nya kalau korang semua cuba makan di sini!

lepas diorang dah selesai makan, transfer ke Primula Beach Hotel untuk penginapan diorang malam tu. lepas dah selesaikan bilik mereka kat sana, masa untuk aku merewang-rewang lah kat sana dengan sahabat Engku Nor Azlinda yang kerja kat situ. tunggu je kejap dia abis kerja lepas tu kami pegi lah buat luahan perasaan dulu sementara tunggu mummy and daddy datang pickup.

esoknye 2hb Julai 2011, aku pickup group tu di hotel dan proceed ke Noor Arfa Batik dan Taman Tamadun Islam. hari ni saya dah bawak kamera dah so bolehla tempekkan gambar2 kat sini. Nahh untuk tatapan korang semua!

ni masa diorang sedang habiskan duit diorang di noor arfa


dan ni tour di tti

2 orang staff tti yang mengikuti sepanjang lawatan di tti

lawatan di tti ni lebih best lagi sebab ada lunch sekali kat sini dan juga pertunjukan kebudayaan dari kumpulan seri tari tanjung. aku memang suka la dengan persembahan diorang nih! seronok! group ni pun boleh menari sama dengan diorang. semuanya sibuk nak berjoget dan bergendang dengan penari2 tu semua. aku sibuk nak bergambar ajela. haha dah itu aje kepakaran yang ada dalam diri!

kami bertolak ke homestay rhu 10 selepas sahaja mengisi perut kenyang-kenyang di tti. sambutan di homestay rhu 10 pun memang boleh tahan jugak meriahnya. cakap banyak tak guna jugak! tengok ajela gambar-gambar ni. mood menulis dah mula ke longkang nih!huhu

sejurus tiba di Homestay Rhu 10

pertunjukan silat oleh penduduk kampung

jamuan selamat datang

demonstrasi membuat lekar
(setengah jam aje dah boleh siap satu lekar)

demonstrasi membuat laksa

lepas dah siap buat, makan lah pulak laksa

makan malam di rumah keluarga angkat

bersiap sedia untuk melihat kelip-kelip. sangat happening!

majlis perkahwinan dan pertunjukan dikir barat

selesai program untuk hari ni, bagus jugak cara tampal gambar macam ni aje kan, tak sempat nak berfikir panjang la cari idea dan ayat-ayat bagus (macam la selama ni ayat kau bagus kan). tak kesah la semua tu kan yang penting, maksud yang hendak diberitahu tercapai dengan jayanya! yess!!!

keesokan harinya, program diteruskan lagi dengan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong untuk membuat kerjasama untuk program-program yang akan datang untuk meningkatkan lagi kedatangan pelancong di malaysia dan di terengganu pastinya.

sambutan yang sangat meriah!

penuh satu dewan

persembahan oleh pelajar smk lembah bidong

bergambar bersama pengetua n wakil JPN

cak lem pong

congkak

pertunjukan silat

demo kraf

mende ni boleh terbang betul2 la

camwhoring wajib!

taklimat di smk lembah bidong

sebelum bertolak ke kelantan

selesai sahaja aktiviti di smk lembah bidong, balik makan tengahari di rumah keluarga angkat disertai juga majlis penutup yang di adakan. nampak semua ahli keluarga dan peserta rombongan memang sangat gembira. hari pun dah petang bila kami bertolak ke kelantan dan mengambil masa lebih kurang dua jam lebih dan kami memang bersyukur sebab sempat sampai sebelum orang kelantan balik kerja kalau tak memang pasti la kami berhadapan dengan jalan yang jammed teruk kat sana. peserta rombongan ni dibawa ke pasar besar siti khadijah dan kemudiannya makan malam di restoran paradise sebelum ke Hotel Renaissance untuk berehat pada malam tu.

Keesokannya harinya, pagi-pagi lagi aktiviti dah pun bermula di mana kami akan melawat ke sebuah lagi sekolah iaitu sekolah menengah kampung kubang pasu. kat sini pun sama jugak meriahnya aktiviti. memang sangat gempak dengan sambutan dari pihak sekolah untuk pengetua-pengetua sekolah daripada korea ni. jum kita layan gambar dulu.

 semasa di pasar besar siti khadijah

 restoran new horizon garden (lokasi makan malam)

 sambutan di smk kubang telaga

 di dalam bilik mesyuarat untuk sesi tandatangan momerandum


 bila mr bhang mula menjadi cikgu..hehe

 bergambar kenangan bersama kakitangan smk kubang telaga

jamuan ringan di salah sebuah rumah homestay kg kubang telaga

semua sambutan yang diberikan adalah sangat best dan seronok sekali. memang sangat berpuas hati apabila melihatkan semua peserta ceria dan memberikan komen-komen yang bagus dengan program yang telah dijalankan.

kemudian, lawatan diteruskan lagi menuju ke destinasi penginapan kami untuk malam itu iaitu di Homestay Pantai Suri. haa untuk sampai ke homestay ni memang kene naik bot dulu tau sebab lokasi homestay ni memang terletak di sebuah pulau di kelantan. uishhh baru tau rupa-rupanya kat kelantan pun ada pulau jugak walaupun pulau ni bukanlah pulau peranginan sebab ia dipisahkan dengan daratan oleh sungai dan bukannya laut.

 kene naik bot untuk ke homestay pantai suri

 sambutan penduduk kampung semasa sampai di homestay

 demonstrasi membuat kerabu nipah


 yang ni demonstrasi membuat rokok daun

 demonstrasi monyet memetik kelapa

 bersama peserta rombongan sebelum pertunjukan kebudayaan

 pegawai dari korea belajar permainan tradisi masyarakat sini

 pegawai dari terengganu dan kelantan bergambar bersama mak angkat

 tarian cuti-cuti 1 malaysia

 persembahan dikir barat

para peserta rombongan turut di jamu dengan hidangan bbq sepanjang pertunjukan kebudayaan pada malam itu. dapat dilihat dengan jelas dari riak wajah semua peserta, kesemuanya gembira dengan program-program lawatan yang telah pun di jalankan sepanjang mereka berada di sini. mereka pulang dengan sangat gembira ke negara masing-masing dan berharap untuk datang kembali ke malaysia dengan membawa rombongan sekolah mereka pula selepas ini.

bergambar kenangan bersama semua peserta sebelum mereka menaiki kapal terbang




p/s: akhirnya setelah berkurun lama dapat juga aku siapkan entri ini. cerita dah tahap terlebih basi dah tapi masih jugak nak kongsi dengan kawan-kawan semua. ada cerita menarik lagi yang bakal menyusul selepas ini. gambar-gambar saya pula yang akan di masukkan

3 comments:

gua... said...

cewahh, panjang tu tulih...
tp skali skala je laa...
haha...

ina said...

hahaha tau tape.. sekali nak tunggu siap tu bukan main lama lagi..

gua... said...

orang banyok keje memang gitu...
haha...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...