Follow Blog Ini

Friday, February 18, 2011

special entri untuk ali


Assalamualaikum. sekarang dah makin kurang sangat update kat blog ni. hati teringin je selalu nak update sesuatu tapi masa dan keadaan tak selalunya mengizinkan. tak apa la..

hari ini dalam kesibukan masa saya, saya bangun pagi-pagi dan meluangkan masa di sini untuk menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada seorang insan yang sentiasa ada di hati ini dan sentiasa ada membantu saya dalam kehidupan seharian. ya memang kami tak lagi serapat dulu, sentiasa berjumpa setiap hari dan sentiasa meluangkan masa bersama sehinggakan ada yang mencemburui namun apa yang sebenarnya terjadi antara kami adalah memori yang akan sentiasa di kenang.

kalau di imbas kembali tempoh perkenalan kami, hanya tinggal beberapa hari saja lagi tempoh perkenalan kami akan mencukupi 3 tahun. mungkin bagi sesetengah orang tempoh itu tak lama tapi tempoh itu cukup membuatkan kami untuk saling mengenali dan lebih memahami antara satu sama lain. dan kerana itu juga la kami menjadi sangat akrab.

huhu da sudah apa yang banyak sangat duk melalut ni. sahabat, tahun pertama kita kenal tu memang sangat seronok kan? ke mana-mana je pasti bersama sampaikan orang silap menilai kita. awak memang banyak dah tolong saya kan? macam-macam dan memang tak terbalas budi awak. mungkin awak dah tak ingat semuanya tapi saya tetap ingat sebab awak sahabat saya yang sangat baik. terima kasih kerana tetap menjadi sahabat saya.

sahabat, dulu awak pernah tolong saya untuk siapkan video untuk presentation saya. dan kerana itu jugak la saya dapat gpa 4.0 masa tu. lepas tu awak pun dah tolong saya untuk shooting kat tti. lima jam kita berpanas kat dalam taman tu untuk dapatkan semua gambar-gambar dan video tu. kesian awak, terpaksa berhitam untuk tolong saya. satu lagi, awak pun dah tolong saya untuk siapkan pasport photo. dah 2 kerja dapat dengan gambar pasport tu tau. dan untuk kesemua pertolongan awak pada saya selama ni, jutaan terima kasih saya ucapkan. tak ternilai semua bantuan awak pada saya tu.


hadiah pertama awak di hari perkenalan kita



walaupun antara saya dan dia dah berakhir,
awak dah membantu saya untuk hasilkan gambar ni dulu.


wan, awak dan saya


happeningkan masa kerja dulu?

dan banyak lagi kenangan bersama awak masa kita sama-sama travel dan handle group dulu, sahabatku. saya harap kita akan tetap dapat bersahabat sampai bila-bila. awak lah satu-satunya sahabat lelaki saya yang baik dan ada di masa susah dan senang saya dulu.



dan tak tau awak masih ingat lagi atau tak dengan hadiah ini dan juga entry yang pernah saya tulis tentang hadiah ni. frienship yang telah terjalin antara kita. dan kerana friendship ini juga lah kita masih lagi bersahabat sampai sekarang. (' ',)

hari ini, hari bersejarah untuk awak 18/2/2011 bersamaan 15 rabiulawal 1432H. saya mendoakan semoga awak sentiasa berkekalan, bahagia dan gembira dengan sha sampai ke akhir hayat. buat sha, jangan bimbang sha, saya dan dia hanya bersahabat cuma kami memang dah rapat daripada dulu. mungkin kerana itu kami nampak mesra. saya harap sha tidak mencemburui persahabatan kami. apapun semoga sha sentiasa gembira di samping dia. he is the best man.

SELAMAT PENGANTIN BARU!
for both of u.


5 comments:

::the best of bad:: said...

waa kwn na yg ni da kawin..
say congrats yer..
even xknal sgt tp penah jmpa dia time kite g tti dlu kan..;)

ina said...

ha betul la.. ayu ada sekali masa tu kan? smlm akad nikah diorang.. arini majlis kat umah si perempuan.. ok beres je, nnt na sampaikan pada dia.. mane la tau kot2 dia ada terbaca nanti ni ke kan? ayu boleh je wish terus kat cni.. ayu bila lagi?

::the best of bad:: said...

ohh okay..:)
ayu?? itulaa na.. kdg2 rs xsedia pn ada ni.. xtaw kuat ke x nk hadapi ms akan dtg ni..:((na phm kn situasi ayu)

ina said...

pikir masak-masak sebelum bertindak. keputusan ni yg akan menentukan ayu d masa hadapan. na nk tgk ayu sentiasa happy.. ape jua kptsn ayu, na doakan ayu wat yang terbaik. ye na paham. insyaallah pasti ada kptsn yang terbaik untuk ayu n s.. amin

gua... said...

ehh, ada lipas...
ehhhh, spider pon ade, duk wat sawang...:-)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...