Follow Blog Ini

Thursday, April 14, 2011

MJD sayang sarawak


haippp!

setelah beberapa minggu aku tak update blog aku nih, rasa terpanggil la pulak untuk update.. tapi bukan beberapa bulan dah ke? lantak pi la janji arini aku dah update kan. time kasih jugakla untuk abang pijang yang dah mula bagi warning akan sawang bersawang yang dah mula bersawang kat laman sesawang aku nih. ape ntah aku duk merapik ni.

mana saya pergi sebenarnya dah lama tak reti-reti nak update kan blog aku ni sebenarnya? dah buruk sangat dah rasanya blog tanpa post yang baru ni. rasa macam dah jadi pemalas hangswang dah bila lama sangat tak update blog ni. nak cakap takde cerita langsung aku nak cerita, rasanya dah banyak sangat dah cerita yang berlaku dan tempat-tempat yang aku pergi sepanjang dua bulan aku tak update blog ni (hurmmm mengaku pun kau tak update blog 2 bulan ye)

kita lupakan jela cerita-cerita yang macam tu kan sebabnya kali ni aku nak cerita tentang edisi sayang sarawak nih. sayang sarawak? ke sayang orang sarawak? ape tu semua ntah tak paham aku. yang aku tau bebaru ni memang aku dah pergi ke sarawak dari 5 april sampai la aku touch down kL balik 11 april. boleh tahan jugak la tempoh masa aku kat sana tu dengan nak membiasakan perut aku makan mee kolok pork tu sume. hahaha

aku ke sana sebab dah jadi aktiviti turun temurun tempat aku kerja ni, memang akan mengadakan MJD atau nama panjangnya misi jualan domestik 3 kali setiap tahun. jadinya kali ni mjd ni buat kat sarawak, makanya terbang la aku ke sarawak join program ni. ni ha tempat aku kerja yang anjurkan mjd ni

baju korporat opish yang jadi menjeleskan ramai orang

aktiviti sepanjang mjd ni banyakla kan, 5 april malam just briefing dan registration untuk semua peserta yang terlibat kat poolside grand margharita, 6 april tu pulak ada la product update. product update ni ada 3 pilihan:
  1. Lundu
  2. Padawan
  3. Damai
aku pilih pilihan satu sebab aku rasa macam kat situ banyak je tempat lawatan nya kan. aku pergi ke matang wildlife centre jumpa aman si orang utan, pegi gunung gading national park, nasib baik dapat tengok rafflesia, pegi union retreat resort, pergi palma resort, pergi jugak ke kampung stunggang, mane ntah lagi aku pergi banyak sangat. haha cakap banyak pun tak guna jugak. gambar mana gambar?

belari-lari turun bas nak amik gambo kat sini

amik gambar sebelum start trail lagi.. bos saya yang baju putih hensem tu ye

ni lepas dah tengok orang utan semua, sume nak gelak besar, ape ntah yang lawak sangat

kg stunggang katanya, tempat buat keropok udang dan sotong
ikan masin pun banyak kat sini

tempat lunch

gunung gading national park dengan pelancong korea

penat aku trekking jauh2 nak tengok bunga ni, rupa2 nya ada je jalan shortcut
hampessss! bepeluh ketiak

fuhhh gambo untuk product update aje aku dah kene tapis seberapa banyak yang mampu dah. padahnya kalau bergambar tak ingat dunia, kalau boleh semua gambar yang ada aku nak letak jugak dalam ni. baru la berbaloi aku amik gambo kan? setel je product update dah pukul 8 malam. terus je pilot bas tu drop kan peserta-peserta untuk join river cruise dinner tu. kitorang yang setakat jadi L.O ni kimsalam ajela jawabnya terus pegi makan dekat kedai kat area hotel tu aje. foodcourt ke ape la nama tempat tu. boleh la merasa makan midin dan oyster yang berkeropok tu, tak sempat aku nak amik tau apa nama betulnya.

esoknya kitorang travel mart kat riverside majestic tu aje, dari pagi sampai petang programnya. malam tu pulak pegi dinner kat sarawak cultural village. kat sini memang tak leh blah betul la kan, mc nye (sepupu si david. sape david tu? nanti aku cite) melucah tahap gaban dah aku rasa malam tu. semua mende dan game dikaitkan ke arah yang lucah, abis rosak pemikiran aku yang masih ada lagi sikit-sikit yang ok ni, bertambah terus pendidikan seks aku malam tu. uishhh ko pegi dinner ke ko pegi belajar seks sebenarnya? ntah aku pun tak tau. yang pasti aku memang kenyang kat sana. kenyang makan, kenyang ilmu. hahha gampang!

sebelum launching

L.O dari terengganu

suasana sepanjang travel mart

jejaka seksi bersirat kat cultural village..
yang lagi seksi pun ada sampai seksa mata aku tengok

begambar sebelum mula majlis kat kg budaya sarawak

balik je dari dinner ni, lepak time ;p haha aku, dina call centre, nana perak dan david pergi la minum-minum kat tepi sungai sarawak tu. yela dah kerja bukan main cam bangak lagi dah kan, masa untuk relax-relax la pulak kan? masa kitorang sedang pilih meja nak minum-minum ni, kami ternampak la geng-geng bos pun ada jugak minum ramai-ramai kat tepi sungai tu. dah nak buat macamana dah memang situ aje tempat yang paling dekat dengan hotel. cari punya cari meja ada la akhirnya meja kosong yang tak berapa nak jauh sangat la dengan meja-meja bos. agak-agaknya kalo sunyi sepi, kentut pun boleh dengar. tapi bila masa nya sunyi sepi tu? kalau dah berjumpa budak-budak ni, start dari sebelum duduk sampai la dah habis air semuanya duk berdendang tak ingat dunia. sembang begegar-gegar macam ada banyak sangat hal-hal penting nak kene bincang (tapi memang boleh tahan jugak la pentingnya tu kan) sampaikan aku rasa kitorang punya begelak ketawa ni dah la tak hiraukan dah bos yang ada sekat-dekat area situ. sampai kan bila masa bos balik pun kitorang memang tak sedar jugak. aku pun rasa persatuan buaya-buaya yang kat dalam sungai tu pun dah ready nak ambush kitorang kalau kitorang tak benti-benti jugak gelak sampai ke pagi. memang jadi arwah aku kat situ nanti. keluar paper buaya muka depan tajuk 'dibaham buaya kerana gelak yang terlebih-lebih' amik ko.. you have? takkan.

actually, sape dina, nana dan david yang kitorang duk bantai gelak sama-sama tiap malam tu? diorang tu ahli geng kotaks yang aku kenal masa pegi orientasi course kat penang bulan 10 tahun lepas. nape tade pun post pasal orientasi tu? aah yela memang la tade sebabnya aku kan dah terlebih-lebih kerja tak ingat dunia, mana ada sempat nak post kat blog banyak-banyak story semua ni. tade masa weiii ni pun sebab dah ada orang tolong tebaskan lalang kat blog aku nih, aku pun dah gitau nak mula menyemai walaupun dah terlewat dari tarikh yang dijanjikan, sebab tu la aku tuliskan jugak.. haahaa amik nih, satu bendang ni aku semai. sila baca sampai muntah.

banyak lagi ni, esok nya pulak kami start travel fair. ada perasmian semua bende bagai. aku suka dengan budak-budak dari johor yang wat tarian zapin tu. giler semangat diorang semua duk berjoget masa tu. sangat enjoy dan budak-budak tu pun sumpah comey je. suweett!

suweett kan diorang.
ape lak jejaka idaman gay buat tu?
haha

gimik perasmian travel fair 2011 di The Spring, Kuching

begambar semua staff

orang cakap aku dan akak ina ni sama aja wajahnya.. betul ke?

travel fair kat the spring ni makan masa 3 hari tau. nape masa mjd kat terengganu aritu 2 hari aje? entah la yang tu aku kurang pasti. kerja pencacai memang ikut arahan aje tak perlu nak pikir semua benda yang bos dah tolong pikirkan dah. jangan buat2 sibuk kat perkara yang tak memerlukan kau buat sibuk ok?

dan sepanjang 3 hari tu jugak la jadual aku asyik kene malam aje kan? tapi takpe la.. mak tade hal u ollss.. masa memang banyak habis kat the spring ni jugak aje. aku memang rajin kot jaga booth ni. dan sambil-sambil tu jugak lah aku cilok2 pergi shopping lepas abis waktu kerja atau sebelum masuk kerja.

ni aku shopping untuk akak aku aje kat sini.
aku tak pandai nak pakai rantai pepanjang camni

akhirnya aku amik jugak gambar kat kucing2 ni

si david.. geng kotaks sarawak
thanks bawak kitorang jenjalan kat sana ;)

ni lepas borong ikan kat satok
betul la group aku ni memang sangat serasi dengan kotak segiempat tiga!

geng kotaks yang join mjd di sarawak

dan ini sejurus sebelum bertolak pulang
wajib bergambar sebelum balik ni!

so far, aku memang sangat suka join mjd tak kira lah kat mana-mana lokasi pun. masalah memang sentiasa ada tapi itu memang dah lumrah kan? banyak yang dapat aku belajar sepanjang mjd ni dan banyak yang aku dapat kenal masa mjd ni jugak. dan saya amat berharap bos saya akan hantar untuk join mjd lagi lepas ni. bulan 6 ni pulak ye bos! bolehla! sayang bos!




p/s: maafla sebab post ni dah basi dah.. dah berkali-kali nak post kan tapi tak pernah lepas lagi.. finally siap..

4 comments:

maksurozana said...

aku memang tak merasa la nak g MJD kannnnnnnnnn

ina said...

haha bukan xleh merasa, ko kene pegi own ur cost la kot datin! aritu kan kita dah bahaskan kenapa ko takleh join mjd tu kan?

pijang said...

berjalan, patut blog berhabuk...:-)

ina said...

hahah.. tu la tak sempat.. at least ok jgk la kan bila ada yg mengingatkn yg blog da berabuk sume.. thanks ;)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...