Follow Blog Ini
Friday, May 20, 2011
akad nikah dan majlis perkahwinan dia
baru je nak mengucapkan selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam perkahwinan kepada kakak ku sayang cik ifah, eh silap puan ifah ke cik puan ifah? hurmm lantak depa la aihh. majlis mereka dah pun berlangsung dengan jayanya pada 14hb mei 2011 (sabtu) dan secara tak rasminya saya lebih kurang ala-ala wedding planner untuk majlis mereka tp mereka tak bayar lagi gaji. huk3
suasana majlis itu semuanya tersangat lah meriahnya dan tersangat la sibuk nya semua orang. dari seawal jam 7.00 pagi si pengantin dah pun bersedia menadah muka untuk di tempekkan make up oleh mak andam. mak andam tu datang lagi awal rupanya ye. bila semua dah siap dan sedia, lebih kurang jam 10.30 pagi majlis akad nikah berlangsung. tamatlah riwayat kisah bujang cik ifah ;p
dan oleh kerana selepas aje majlis perkahwinan mereka, saya perlu bergegas ke langkawi ini sampai tak sempat nak upload atau sedut dari mane-mane kamera pun untuk gambar mereka tu, sesiapa yang berhasrat untuk melihat gambar -gambar tidak rasmi majlis sila lah melayari laman sesawang facebook beliau di sini.
untuk kak nazifah dan abang fazly: selamat pengantin baru dan ku doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. jangan gaduh2!
p/s: sebenarnye kisah outdoor mereka pun ada jugak tapi saya sangat mengantuk sekarang, tak dapat nak update semua nya. huhu lambatnya jam 5, tak sabar nak balik hotel dan menjalar di sana. sabor ye! tunggu..
Labels:
family,
tunang dan kawen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum....
tahniah abg baru...
:)
waalaikumussalam..
tq ;)
tp sape nih ye? jgnla jadi anon camni jek?
Post a Comment