Follow Blog Ini

Saturday, May 21, 2011

Sepanjang empat hari di langkawi

17 Mei 2011

Flight ke KLIA jam 10.05 pagi (jam 8.45 pagi tergopoh gapah aku lompat masuk kereta pergi ke airport) terima kasih kakak ku sayang. kamu memang hebat merempit ;) sesampai je di airport terus aku bergegas ke kaunter check in dengan cik qiqish yang setia mengekoriku. ramai la pulak aihh orang check in hari ni. lega jugak takla nampak sangat kelewatan aku sampai kat airport tu kan? aku beratur belakang kak ainun masa nak check in ni, semangat lagi akak mas tu cakap aku nak gi shopping kat langkawi. banyak la sangat duit aku nak gi shopping kan? aku bukan datin paris! dia takpe la boleh shopping walaupun poket kering. aku setuju dengan abu dia tu suruh dia telan minyak wangi dia tu nanti bila dia dah takde duit.;p

aku sampai KLIA lebih kurang pukul 11.00 pagi. next flight aku pulak pukul 6.00 petang. giler lama aku nye connecting flight (memang niat aku dah nak gi mencuci mata dulu kat KL tu sebenarnya, haha) aku sempatlah jugak jumpa farah dan zana dan buah hati dia kat klia tu. tipon datin paris elok la pulak tak berangkat kan, rupanya dia masih tutup mata lagi. dah tu aku pun jumpa la dengan buah hati lama kat kl tu. dia datang pickup kat klia lepas tu kitorang gerak pegi klcc makan kat sana. pandai jugak aku makan daging bungkus dalam daun salad tu, apa ntah nama sebenarnya tuh tapi yang pasti aku suka. thank you ye awak belanja saya makan kat situ. saya harap awak sihat-sihat aje tau

lepas makan kenyang-kenyang dah kat klcc tu, kami pun depart la ke kl sentral balik untuk aku amik bas pegi ke klia. tak sempat pun nak pusing-pusing cuci mata dan beg duit aku kat klcc dan kl sentral.huh! perjalanan ke klia amik masa sejam jugak la dengan bas. sempatla aku berdengkur sekejap sementara tunggu sampai sana tu. bila dah sampai kl aku pegi terus je kat level departure, malas dah aku nak merewang-rewang lagi, ngantok! tapi dalam pada tu sempat jugak la aku cemolot jap dengan datin paris. dia shift petang masa tu. sempat lagi dia tunjukkan perfume pink baru dia tu ha. memang la ko ni paris! dah agak-agak 5.30 petang tu, aku pun terus la boarding, tanak aku miss flight lagi.

flight ke langkawi depart jam 6.05 petang dan sampai pukul 7.00 malam. best naik flight yang ni sebab semua steward je tade pun stewardess. sempat la kenyit-kenyit mata ngan sorang steward hensem tu. ok tipu sampai sana lepak kat tic airport jap, lepas tu ada en mat isa datang amik kami kat airport tu dan bawak pegi check in kat hotel, lepas tu pegi dinner terus kat area jetty yang ada jual laksa penarak tu. kenyang aku dan kak ainun makan kat situ. dah selesai semua kami pun balik lah ke hotel untuk proses hibernasi sepanjang malam tu. ohh lupa lak aku nak cakap en mat isa ni kawan baik en lah yang aku dah kenal sebelum ni masa trip ke langkawi. en lah ni sangat baik dan kerana kebaikannya juga lah dia bagi kitorang guna kereta turbo dia sepanjang kitorang kat sini. terima kasih banyak-banyak.

18 Mei 2011


First day untuk kami memulakan tugas kat Langkawi ni. lepas breakfast kat hotel, kami dijemput oleh kak haida untuk pergi ke pejabat kat kuah. dekat je sebenarnya dengan hotel tapi disebabkan kami ni buta direction, tu yang kene ada orang datang amik jugak tu. untuk minggu pertama ni aku bertugas kat pejabat kuah dan kak ainun pulak kat jeti. aku jaga dengan kak haida dan kak ainun jaga dengan kak aida. hah 2 2 ada nama aida. 2 2 baik dan banyak membantu kami. banyak mende yang aku kene belajar dan study kat sini. aku mane la kenal tempat-tempat kat sini, kalo orang tanye aku pape tak ke menggagau aku nak jawab semua nih?

ahh lupa lagi, masa breakfast  kat hotel tu en zaidy, operation manager untuk hotel yang aku stay ni iaitu MyHotel Langkawi perkenalkan kami pada tuan punya hotel Ku Azhar. beliau ni sangat berada orangnya. ada hotel, ada travel agensi, ada feri, ada rumah di pelbagai lokasi, ada helikopter dan pelbagai ntah ape lagi lah yang dia ada tu. beliau ni jugak sangat baik dengan bos TM Kedah, En Roslan. masa bertugas kat kuah hari pertama ni, sempat jugak lah aku jumpa dengan en roslan.

tengahari tu aku makan dengan kak haida kat kompleks pekan kat belakang pejabat aku tu aje ha.. banyak je kedai makan kat belakang opis tu. lama tak makan sardin so, aku pun rembat ajela sardin kat situ. hehe petang tu kak haida hantar aku balik hotel dan dia dah tunjukkan dulu la kawasan belakang opis tu, jeti pelancong dan kawasan-kawasan sekitar tu.

info pertama yang aku belajar untuk sepanjang hari aku kat kaunter tu, aku dah tau lah harga untuk mangrove tours kat kilim  tu berapa dan berapa jam dia boleh bawak pusing. ada jugak restoran Hole in The Wall yang terapung untuk sesape yang nak menjamu selera. tade la aku pergi pejabat dan tak dapat apa-apa ilmu kan?

malam tu aku dan kak ainun pergi pasar malam aje kat depan hotel. tak tau nak pergi mane lagi so kami beli nasi lemak dan nasi kerabu lepas tu naik makan kat bilik. dah siap tu aktiviti kuak bebas la atas katil, semakin sihat dan membesar bagai juara la aku kat sini nanti.

19 Mei 2011

arini hari khamis. kalau kat terengganu aku bekerja separuh hari je hari ni tapi aku tak kerja separuh hari kat sini. semuanya penuh dari 9.00 pagi sampai la 5.00 petang. kerja macam biasa tapi apa yang aku dapat perhatikan kat sini, pelancong memang tak ramai masuk ke opis sini. tak tau la kot-kot lokasi tak strategik ke pa yang tu aku sedang mengkaji lagi. ececeh! dan harini jugak masa nak balik en roslan dah pun tipon opis mintak semua statistik kemasukan pelancong ke langkawi untuk tahun lepas dan tahun ni. dah tak pasal-pasal balik pukul 6.30 petang semua.

malam ni en hadi dan cik suraya ajak kami pergi ke homestay wang tok rendong kat langkawi ni. ada satu group dari canada yang datang dan stay kat sini. diorang ni pun datang sempena citrawarna kat dataran merdeka, Kuala Lumpur tu. jadinya ni macam pre tour jugak lah. kat sini yang paling aku suka makanan lah sudah pasti. sangat sedap laksa kedah yang diorang hidangkan. ada jugak sate, nasi goreng, mee goreng, roti jala, roti canai, teh tarik, fuhh kiranya memang makan sampai sendat perut la aku. sambil2 makan tengok culture show dan tarian satu malaysia. terleka aku tengok!

semua-semua pelancong yang datang tu sangat enjoy. nak-nak lagi bila diorang dijemput menari sama-sama kat pentas. semangat semuanya menari sampai berpeluh-peluh setiap orang. haha aku balik hotel pukul 11.00 malam dan terus melompat ke katil. yippie!

20 Mei 2011

harini en hadi dan cik suraya offday. sama jugak dengan abang azni. dan hari ni aku dapat partner baru. aku jaga dengan kak maliana. comel orangnya, dia tengah preggy 7 bulan dah. fuhh hari ni adalah hari yang sangat membosankan! dari pagi sampai petang hanya seorang je pelancong yang masuk. berkematu aku duduk kat atas kerusi tu. semua jenis website dah aku bukak. baca info langkawi sampai muntah dah. uwekkk!

balik ke bilik, kak ainun dah belikan KFC. terus melantak lah. lepas tu malam keluar dengan sorang pelancong dari Perancis dan juga Ku Azhar. dia bawak kami pegi makan kat kedai Hj Ramli kat pantai chenang. pantai chenang sangat lively di malam hari. memang berbaloi la pelancong-pelancong suka tinggal area situ pun. dan salah satu yang aku suka kat sini, pasir pantai sini sangat la lembutnya.

pukul 12 lebih jugak baru sampai hotel balik untuk sesi beristirehat.


p/s: penat aku perah otak ingat semua ni tapi gambar tak banyak la. aku malas nak letak lagi, nanti dah rajin aku letak. aku penat nak cari gambar. korang imagine sendiri ajela semuanya ye?

3 comments:

maksurozana said...

name aku pun naik jugak kannn.. oi...aku nak g chenang tu lagi. cambest je duk kat budget hotel tepi2 tuu

pijang said...

rajin tehh post lening...haha...

bestnye buleh berjalan je...:-)

ina said...

rozen: haha ko kan fofular gitu.. mai ar.. kalo ko datang sepanjang aku duk sini, aku bagi kau tempat tinggal dan transport percuma lagi.. baik tak aku?

abg pijang: ;) mestila rajin.. nanti kan nak kene wat report, jadi latihan dari sekarang

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...