Follow Blog Ini

Friday, July 1, 2011

function lagi

post ni dah agak basi sebenarnya tapi aku nak jugak ceritakan kat sini harini. biarlah korang nak cakap pape pun. ade aku kesah? tade kan? haha

ceritanya macam ni, 25 jun 2011 baru ni (ala, tadela basi sangat kan) F&B Manager TTi dah invite aku untuk join function kat dewan konvensyen sana pada malam tu. funtion ape lak tu wehh? hah tu la korang tak tau, ini function wedding anak YB Dato' Mohamed Awang Tera dan yang special nya majlis ni sebab majlis ni adalah untuk ketiga-tiga orang anak nya sekaligus iaitu 1 teruna dan 2 perempuan dan salah seorang daripada jemputannya adalah yang dipertuan agong.

aku pulak kene bertugas untuk jaga high table yang ada agong dan pengantin makan kan, so dah tentunya la aku boleh tengok diorang dengan lebih dekat lagi. memang hensem2 dan cun2 semua anak dan menantu nya tu. memang sesuai, secocok dan sepadan lah semua tu kiranya. yang aku paling suka tengok pasangan anak lelaki dato' tu dan wife nya sangat cantik ye. orang sabah kot, memang lah cantik kan? dahla diorang pakai busana purple lagi la cepat aku nampak cantiknya. haha

majlis untuk kali ni habis lewat malam jugak sebab dah tiga orang semua nak kene merenjis-renjis semua bagai tu, tu yang buatkan pergerakan jadi agak perlahan tu kan? tapi its was fun and interesting. teringin jugak nak bergambar kat sana tapi tengah kerja kot, nak kene buang keje ke kalo dah asyik sibuk nak bergambar aje nanti tu?

sebelum bergerak ke function 

pandangan pelamin dari jauh yang sempat aku snap


p/s: bila pulak giliran aku nak bermajlis ni yek? haha


0 comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...