Follow Blog Ini
Thursday, December 30, 2010
demam lagi
untuk kesekian kali nya, saya demam lagi. demam ni dah datang menyerang bermula 29hb lagi dah tapi sangat seksa ye. rasa pening kepala berpusing-pusing (ertikata lainnya adalah migrain), selsema yang teruk, sakit tekak (yang ni simptom pertama saya tak sehat ye.)
walaupun tak sehat tapi saya tetap datang bekerja seperti biasa. ramai jugak yang bertanya kenapa tak amik mc aje? tapi sebenarnya saya memang sangat susah dan tak begitu gemar untuk amik mc. nak gi klinik pun sangat pemalas ye. bukan kerana takut dengan mr. doctor tapi saya memang liat kot nak gi klinik.
dah dua hari saya duk mengadap blog saya ini tapi takde pape update pun yang saya buat. kadang-kadang terfikir jugak saya untuk update semua cerita terbaru saya tapi mengenangkan keadaaan saya yang sangat tak selesa sekarang ni, semua nya saya pendamkan ajela dulu. mungkin saya akan update kan cerita-cerita basi ini semua satu hari nanti. semalam pun saya blogwalking aje. bila kita tak sehat ini, blogwalking lebih elok daripada perah otak cari idea untuk dimuatkan dalam blog kan? lepastu jumpa pulak blog yang lain semuanya cantik-cantik, sangat jeles tengok semuanya ok? cuba la jugak ubah beberapa mende-mende yang kecik yang ada kat dalam blog ni tapi tak tau lah korang perasan ke tak. dah la namanya pun mende-mende kecik aje kan?
untuk pengetahuan korang jugak baru-baru ni (weekend baru ni) saya ke melaka. dah lama tak balik ke rumah mak. jumpa jugak dengan akak shikin yang comey. best sangat pulang ke sana. nak saya kongsikan dengan kalian semua tentang cerita ni tapi tengah tunggu gambar lagi dengan si eikin pinky tu.. sabo ye
p/s: doakan saya cepat sembuh daripada demam rindu selsema ni ye
0 comments:
Post a Comment