Follow Blog Ini
Thursday, September 20, 2012
Review Filem Untuk Tiga Hari
hari ni nak cerita pasal satu filem ni tau.. terkejut jugak macamana aku boleh terjebak dengan review filem-filem. biasanya super power blogger tegar aje yang dapat invitation ke gala nite filem ni.. Aku ni kiranya terpesong sikit lah ni tetiba je dapat invitation untuk tiga hari ni..
dapatla 2 keping tiket ;) |
ada jugak yang tanya camner boleh dapat tiket ni sebenarnya? hurmmm jangan memain, aku dapat ni atas invitation ahadiat akashah sendiri tau.. alahh dia kan novelis terkenal dari dulu lagi dah memang popular. dan filem ni sebenarnya dicedok dari novel dia ni lah. Macamana aku boleh kenal dia tu bukan dalam episod kali ni untuk aku bagitau ye? Ahaks
Filem Untuk Tiga Hari ni mengisahkan tentang sepasang couple ni (rashidi & vaneeda) dipaksa berkahwin dengan calon pilihan keluarga masing-masing. dan mereka ni dah berjanji untuk berkahwin hanya selama tiga hari demi memuaskan hati keluarga masing-masing. selepas aje selesai tiga hari perkahwinan mereka bersetuju untuk bercerai dengan pasangan masing-masing.
bunyinya macam senang je kan? yela memangla senang untuk si rashidi sebab dia boleh aje ceraikan isteri dia tapi kan vaneeda lak camne? takkan dia yang nak ceraikan suami dia lak? hehee tapi bolehla kalo dia nak mencuba merayu menangis hentak hentak kaki kan.. mane tau berjaya. sepanjang filem ni ditayangkan baru ni, aku memang rasa sangat berbaloi aku tengok cerita ni sebab banyak lawak-lawak yang memang buat aku gelak tak hengat la masa tu. yela mau nye tak lawak camner rashidi dan vaneeda ni melawan dan menahan godaan isteri yang cun lakonan ayu raudhah manakala vaneeda lak kene la bertahan dan mengelak daripada suaminya afdlin shauki.. hahahaha memang serius cara diorang ni memang betul betul buatkan aku gelak besar.
aku percaya kalau ada sesape yang tengok cerita ni pun mesti tergelak punye lah melainkanla orang tu memang tiada perasaan sejak azali lagi..hehe tapi kan cerita ni memang best.. pegi la tengok kalau korang tak percaya.. dalam pada aku duk gelak guling guling tu ada pengajaran yang aku dapat daripada cerita ni..sumpah aku tak tipu! lebih baikla korang pegi tengok sendiri apa pengajarannya daripada korang tanya aku. korang pergi dan rasai sendiri la macamananye ya?
ehh lupe pulak nak cakap filem ni akan berada di pawagam:
20 SEPTEMBER 2012 (hari ni lah korang)
jangan lepaskan peluang tau untuk pergi tengok cerita ni..
p/s: untuk abg diat dan kak yati, tq so much for the invitation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment